Tuesday, December 30, 2008

” Happy New Year 2009 “



Yesterday is memory.
Today is a gift.
Tommorow is a Hope.
Let’s begin New Year 2009 with faith, love, peace and new hope.

Happy New Year 2009.
May this new year bring us a new spirit to reach all your dreams, good health and a happiness forever…

Tuesday, December 23, 2008

DOA AWAL TAHUN

Dapatkan TestiHijrah Di Sini

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH



Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430
mom and dad
brothers and sisters
all my friends where ever u are


i love u all

Semoga kita semua dikasihi Allah, memberikan Kita Kesehatan, dimurahkan Rezeki, Rahmat dan Kasih SayangNya.. dengan Hidayah dan TaufikNya serta dibukakan pintu iman selebar lebarnya buat Kita semua. Amiin.

Monday, December 22, 2008

lagi gambar di 1 Borneo KK

















Gambar kenangan diambil dari 1 Borneo KK.... Memang seronok!!!

Percutian di Kota Kinabalu pada 18-20 Dec 2008

Kota Kinabalu Scenery





Pemandangan menarik di Sabah. Di ambil dari jendela hotel Marina Court waktu magrib.

Percutian di Sabah pada 18-20 Dec 2008

3 hari berada di negeri bawah bayu...SABAH...seronok tak terhingga... kami bertolak pd 18/12/08 seawal jam 5.18pg. Kami tiba di kota kinabalu pada pukul 2 ptg. Walau pun perjalanannya agak jauh iaitu kira2 7 jam dan memenatkan tetapi tidak bagitu terasa kerana dalam perjalanan byk pemandangan yg menarik dan indah2 yang belum pernah kami kunjungi seperti Terusan, Sepitang, Merapok, Sindumin, Bandar Lawas dll. Yang paling seronok ialah tempat-tempat shopping di bandaraya kota kinabalu. Walau bagai mana pun masih banyak lagi tmpt yg belum dilawati...seperti gunung kinabalu (kinabalu park), poring, pulau manukan dll. Insyallah kami pasti akan berkunjung kesana lagi.....


Perjalanan menuju KK yang mengambil masa kira-kira 7 jam.


Perjalanan menuju bandaraya kota kinabalu.


Tidur nyenyak nampak!!! Keletihan setelah meronda-ronda bandar kk. Menginap di Marina court condominium.


Di bandar Kota kinabalu.


Di swimming pool Marina Court Condominium.. Kelihatan Crazzaq, Cwafi n Cjoy sedang bermandi-manda ha ha ha...


Eh meeting apa tu?? Cqah, Cdaniel, Crasif and Cqonet.. berbincang teknik renang yang terbaik kah? He he he.....



Ane pula kumpulan Cmilah n de geng he he.... Naik tah milah len kali g mandi sana.. ha ha ha

Sambutan Hari Raya Korban 8/12/2008





Semasa sambutan hari raya korban yang lalu seperti tahun2 yang sudah2 keluarga kami menyambutnya dengan takbir beramai-ramai. Tahun ani lebih menarik kerana bacaan takbir terdiri dari kalangan keluarga sendiri bukan seperti tahun2 yang sudah dengan kehadiran kawan2 ayahnda (jemaah masjid). Bacaan takbir berjalan dengan lancar dimulakan dengan bacaan al fatihah dan takbir oleh Imam Afek? Lepas atu disambung oleh tuan Hj Taha, Hj Yahya, C joy, C Adam, C Amin, C bizak, Ayahnda... Pada keseluruhannya okaylah.. Tahniah! Mau komen?... Ada yang kajar2 membaca takbir he he.... and banyak yang menghindarkan diri ha ha siapa-siapa ya!!!... Tidak ketinggalan ada yang enggan membaca walaupun sudah diberi mikrofon..... cuba teka???


Gambar ayahnda dan bonda semasa raya lalu.

Friday, December 05, 2008

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA


Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua muslimin & muslimah. Pada yang melakukan ibadah qurban pada tahun ini, alhamdulillah... Pada sahabat handai dan keluarga yang pergi mengerjakan ibadat haji, doa dari ku semoga mereka mendapat hidayah di tanah suci dan juga dapat mengerjakan haji mabrur. Alhamdulillah.....

Tuesday, December 02, 2008

TIP MENGENAL DIRI SENDIRI - DR FADHILAH KAMSAH

Rahsia Tarikh Lahir Kaedah Sains Metafizik.

Mengungkap Rahsia Tarikh Lahir Anda Dengan Menggunakan Kaedah Sains Metafizik Dengan Ketepatan Sehingga 90%. Percayakah Anda, Tarikh Lahir Anda Menceritakan Segalanya.

Tip Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir- Dr Fadhilah Kamsah.

1. Pemimpin
2. Lembut
3. Kemas (Cerewet)
4. Rajin
5. Boleh berbincang
6. Angin
7. Patuh
8. Bisnes
9. Glamour

Contoh: 20 05 1981

2 + 0 = 2

Maka kotak pertama adalah 2..
Kemudian campurkan kesemua nombor..

2 + 0 + 0 + 5 + 1 + 9 + 8 + 1 = 26

Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti:

2 + 6 = 8

Maka kotak kedua adalah 8..
Selepas itu kotak pertama akan dicampur ngan kotak kedua

2 + 8 = 10

Oleh kerana hasil campur lebih dari 9 maka dicampur lagi

1 + 0 = 1

Maka kotak ketiga ialah 1..
hasilnya..

2: Lembut
8: Bisnes
1: Pemimpin

Maka anda sudah cerminkan diri anda mungkin sifat-sifat ini ada dalam
diri anda dan mana tahu mungkin suatu hari nanti dengan sifat ini anda
akan menjadi seorang yang berguna.

RAHSIA TARIKH LAHIR.

Percayakah anda bahawa dengan TARIKH LAHIR kita boleh mengetahui pelbagai rahsia diri sendiri seperti Kerjaya, Perniagaan, Kesihatan, Perhubungan, Kekayaan, Keserasian, Arah Kejayaan dan banyak lagi?

Berdasarkan TARIKH LAHIR seseorang dan dengan menggunakan penemuan sendiri Metodologi Penyahkod, anda boleh mengetahui tentang diri anda ataupun orang lain secara hampir menyeluruh. Anda boleh mengetahui perwatakan individu seperti sikap dan personaliti seseorang. Dengan membongkar secara lebih mendalam, anda juga dapat mengetahui tentang Kesihatan, Kerjaya, Perniagaan, Hala Tuju Terbaik seseorang serta Kesesuaian dan Perhubungan dengan individu lain.

RAHSIA TARIKH LAHIR akan memainkan peranan sebagai ‘Paksi’ untuk mengimbangkan kehidupan seseorang dalam mencapai kebenaran diri (self-actualization). Dengan menggunakan Metodologi ini anda boleh membantu diri anda untuk membongkar potensi yang tersembunyi serta memahami diri anda serta orang tersayang dengan lebih baik. Kami percaya TAKDIR seseorang tidak ditentukan. Berdasarkan Firman Allah swt yang menyeru supaya manusia mengubah nasib mereka sendiri, menguatkan lagi bahawa TAKDIR kita bukan telah ditentukan.

Firman ALLAH SWT, Surah Ar-Rad, Ayat 11 yang bermaksud,

“Sesungguhnya Tuhan (Allah) tidak mengubah keadaan sesuatu kaum (hambanya) sehingga mereka mengubah keadaan (sebab-sebab kemunduran) yang ada pada diri mereka sendiri.”

KERJAYA - Adakah anda di dalam industri dan memegang jawatan yang sesuai? Ketahuilah kerjaya yang paling sesuai untuk anda.

PERNIAGAAN - Adakah anda seorang yang berorientasikan perniagaan? Adakah anda dilahirkan untuk berkecimpung di dalam dunia perniagaan? Mengapakah perniagaan anda gagal? Seterusnya, daripada TARIKH PENDAFTARAN SYARIKAT anda, kami boleh melihat apakah yang bakal berlaku di dalam syarikat (masalah, halangan dan keupayaan untuk menempa kejayaan).

KESIHATAN - Dengan menggunakan kaedah metodologi ini boleh memberi amaran awal kepada anda tentang penyakit-penyakit yang bakal dihadapi.

PERHUBUNGAN - Kesesuaian seseorang adalah KUNCI kebahagiaan. Analisis TARIKH LAHIR boleh membantu untuk mengenalpasti pasangan ideal anda samada di dalam perniagaan atau di dalam kehidupan. Perhubungan dengan pasangan atau anak, baik atau buruk akan didedahkan. Mengetahui sekiranya wujud 2 perkahwinan di dalam kehidupan dan mengambil langkah kawalan. Mengetahui kebarangkalian berlakunya penceraian di dalam sesebuah rumahtangga.

KEKAYAAN - Dengan mengetahui TARIKH LAHIR anda boleh memperolehi CARTA yang menunjukkan turun naik kehidupan anda sejak kecil sehingga mencapai umur 120 tahun. Ianya secara jelas dapat menunjukkan bilakah peluang akan muncul. Anda seterusnya hendaklah menggunakan peluang tersebut apabila tiba masanya.

………………………………………………………….o0o0………………………………………………….

Rahsia Personaliti Dari Kiraan Tarikh Lahir..Mari Kita Kira..

Contoh:
12 April 1974
12 + 4 + 1974 = 1990
1 + 9 + 9 + 0 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)

Keterangan nombor lahir

1. Ketulenan

- Hadir dengan idea baru.
- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
- Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
- Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.

Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welach

2. Pendamai

- Dilahirkan sebagai diplomat.
- Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
- Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
- Mereka tidak suka bersendirian.
-Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison,Wolfgang Amadeus Mozart.

3. Ceria

- Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
- Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
- Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.
- Mereka sangat popular dan idealistik.
- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster

4. Konservatif

- Golongan ini sangat peka dan tradisional.
- Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
- Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
- Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian.
- Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.
- Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan

5. Perintis

- Mereka adalah perintis.
- Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
- Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.
- Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi.
- Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.

6. Romantik

- Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.
- Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka.
- Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
- Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
- Mereka suka seni musik.
- Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn

7. Intelektual

-Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. -
Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
- Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
- Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
- Mereka sangat suka berahsia.
- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana

8. Penyelesaian

- Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
- Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
- Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
- Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif.
- Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison,Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.

9. Pelakon
- Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
- Mereka sangat penyayang dan pemurah.
- Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
- Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.
- Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
- Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).
- Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley

SELAMAT BERCUTI!!!


Use this picture.

Happy Holidays to all..enjoy your semester break,holidays,or school break..dont forget your Subuh prayer! hehe