Sunday, June 22, 2014

Majlis menerima pingat PIKB & PKL 12/6/2014

Alhamdulillah majlis menerima Pingat Indah Kerja Baik (PIKB) & Pingat Kerja Lama (PKL) telah berlangsung pada 12 Jun 2014 bertempat di Istana Nurul Iman, BSB NBD.  Saya sangat bebesar hati dengan pengurnia Pingat-pingat  dari Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Wadaullah ibini Al-Marhum Sultan Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien.  Maljis pengurniaan pingat-pingat tersebut telah disampaikan oleh anakanda baginda iaitu  Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah. 



Saya sangat bersyukur kehadrat Allah SWT diatas pengurniaan pingat-pingat ini.  In sya Allah dengan adanya penghargaan ini membuat saya lebih bersemangat dalam menjalankan kerjaya saya sebagai seorang pendidik.









Pada hari pengurniaan pingat-pingat tersebut saya berpeluang  meluangkan masa bersama-sama kawan-kawan yang sama-sama menuntut di Institut Sultan Hassanal Bolkiah Institute of Education intake tahun 1986~1989. Wah sudah 25 tahun kami berkhidmat sebagai pendidik baru lagi dapat bersua muka dengan kawan-kawan lama.  Terima kasih Ya Allah kerana memberi usia yang panjang dan berkesempatan berjumpa semula.