Monday, August 31, 2009

Juadah Puasa Ke 10.....homemade recipe

Untuk puasa yang ke 10 ane, menu spesil kami ialah ayam masak rendang dan bubur kacang bercampur durian plus cucur udang...Insyallah sedap berabis nyum..nyum....he he he......:)
Cucur Udang kegemaran sekeluarga...
bubur kacang plus durian for my hubby & my son razzaq
emmmm....rendang ayam for my razzaqane baru tah kegemaran cwafi..lauk masak kunyit...he he

nenas perceri


Spesil menu puasa ke 9, nenas masak peceri....sedap yooo...kegemaran my hubby.. Actually jarang plang ku menyediakan masakan ane tapi tais liur punya pasal paksa tah di karihi membuatnya...simple saja he he he...

Sunday, August 30, 2009

Juadah puasa yang ke 7

Sebenarnya menus untuk puasa yang ke 7 ane kami menyediakan ala kadar sahaja iaitu memasak buttermilk chicken, udang rebus, sayur campur, ikan kering dan daging masak rendang dengan 3 jenis kueh...Akan tetapi kueh mueh & ayam & tongkekng ditambah lagi oleh anak saya, c joy and uncle el...Sebenarnya bukan plang kan membazir untuk bulan ramadhan kali ane..Memandangkan mereka juga membeli juadah untuk berbuka di sini menyebabkan terjadinya pesta makananan bayangkan kueh mueh sebanyak 10 macam!!! Alhamdullilah...rezeki dari Allah tapi....adoh!!! perut mana yg sanggup menelan semua atu hu hu hu....Minuman pula beraneka jenis, dari air buah, puspa, sarsi, apple juice, manggo tea...hmmm...alhamdulilah...
PhotobucketPhotobuckettongkeng ayamayam salaibegedil dan karipapcucur udangpulut panggangkueh aneka warnadaging masak  rendangnasi goreng enakbuttermilk chickenPhotobucketlauk masin keringsayur campurudang rebus kampong

Friday, August 21, 2009

Berkunjung ke Kg Air

PhotobucketPhotobucket
Photobucket
Terasa amat seronok apabila dapat menjejakkan kaki ke tempat di mana aku di besarkan dan bermastautin selama 28 tahun....kg peramu - itu lah nama sebuah kampung yang terletak di perairan sungai brunei...setelah hampir 13 tahun kami meninggalkan kampong halaman dan berhijrah ke perumahan negara....dan seingatku hanya raya tahun 2007 kali terakhir kami bertandang kesana.. terasa kerinduan dan kenangan lama mengimbau kembali....Kunjungan kesana meski pun hanya beberapa jam sahaja tetapi dapat mengubati rasa kerinduan terhadap rumah yg sudah lama kami tinggalkan...kenangan membesar di kampong bukan mudah luput dari ingatan...antara kenangan-kenangan yang terindah dalam sejarah hidup ku...teramat manis untuk dikenang..

Walaupun kedatangan kami ke sana tidak di rancang (cuma menjemput kedua anak ku yg bermlm dsana)akan tetapi kehadiran kami di sambut dengan baik. Mereka bersama sepupu & kedua uncle amat gembira selama berada di sana dengan melakukan beberapa aktiviti yg menyeronokkan seperti menyiut bubuk, mengail, berenang, berkeraoke dan sebagainya. Terima kasih tidak terhingga kepada keluarga abangku (Ibrahim bin Hj Bakir) kerana melayan kami dengan istemewa dan menghidangkan juadah yang nyaman2 terutama cucur bubuk..Insyaallah jika ada kelapangan pasti kami akan bertandang ke sana lagi...
PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket

Adab Bulan Ramadhan



Adab-adab didalam bulan Ramadan Diantara adab-adab didalam Ramadan ialah:

Pertama : Sabar keatas musibah dan kecaman yg menimpa, Rasulullah saw berkata :pada hari Ramadan jika seseorang menyakitkan hati atau menyalah gunakan maka katakanlah : Sesungguhnya aku sedang berpuasa... sesungguhnya aku sedang berpuasa.

Kedua : Digalakkan bertaqwa kepada Allah Maha Suci keatasnya sesungguhnya kerana Ramadan merupakan bulan ketaqwaan. Firmannya "Wahai orang yg beriman telah diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang yg terdahulu daripada kamu moga-moga kamu bertaqwa".

Ketiga : Penjagaan keatas tidak mengumpat dan mengadu kerana mengumpat dan mengadu adalah diharamkan secara mutlak didalam bulan Ramadan dan selain dari Ramadan, tetapi pengharamannya lebih jelas di bulan Ramadan.

Keempat : Peringatkan tentang amalan agama, hal-ehwal Islam dan membantu sesama Muslim menyelesaikan masalah, Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud "Barang siapa yg tidak kisah mengenai keadaan seorang Islam dan bukanlah ia dari mereka".

Kelima: Dapat mengambil tahu hal keluarga kerana mereka itu adalah amanah dan tanggungjawab kita. Firman Allah swt "Wahai orang yg beriman jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka, yg bahan pembakarnya adalah manusia dan batu-batu".

Kelebihan di bulan Ramadhan ialah ketika waktu malam seperti berikut :
1. Menjaga solat berjemaah di masjid dan menghadiri majlis ilmu.
2. Menghadiri solat terawih khasnya bagi lelaki, tiada ada larangan kehadiran wanita melakukan solat dan kepada mereka terdapatnya ganjaran.
3. Memelihara qiamullail dan tahajud setelah pertengahan malam bagi lelaki dan wanita yg berkemampuan didalam rumah.
4. Beriktikaf untuk beberapa malam dibulan Ramadan di masjid bagi lelaki tanpa menyebabkan gangguan didalam kewajipan seharian khususnya bagi didalam mencari reski.
5. Memelihara pembacaan Al-Quran dan makna menggunakannya didalam wirid harian sebagai sebahagian dari pembacaan Al-Quran sekurang-kurangnya setiap hari sehinggalah tamat keseluruhannya, jika sekali membaca Al-Quran dibulan yg mulia ini, maka Allah akan memberi ganjaran yg besar.
6. Memperbanyakkan sedekah dan mengeluarkan zakat kepada orang-orang fakir, miskin, orang yg memerlukan, mereka yg berjihad dijalan Allah dan sumbangan kepada projek yg baik bagi kegunaan orang Islam seperti pembaikan masjid, pusat rawatan orang-orang tua, sekolah-sekolah dan lain-lainnya.
7. Merapatkan silaturrahim dan ziarah didalam bulan Ramadan.
8. Dilarang melakukan kejahatan terhadap orang Islam dan larangan melakukan perkara yg tidak baik terhadap jiran lebih-lebih lagi Iman dan Islam melarang melakukan kejahatan secara umum terhadap seorang Islam khususnya jiran sebagaimana sabda Nabi saw yang bermaksud

“Seorang Islam ialah yg menyelamatkan seorang Islam yg lain dari lidah dan tangan".

Credit to: http://blogs.muxlim.com/ikmal90/adab-bulan-ramadhan/

Thursday, August 20, 2009

Bulan Ramadhan


Allah Taala dalam Surah Al-Baqarah Ayat 183 , bermaksud ;

قال الله تعالى : يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا آُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ آَمَا آُتِبَ عَلَى الَّذِينَمِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

“Hai orang-orang yang beriman. diwajibkan kepada kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa”

Sabda Rasulullah s.a.w ;

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إيماناً واحْتِسَاباً غُفِرَ لَهُ ما تَقَدّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Barang siapa melakukan puasa Ramadhan semata-mata kerana keimanan dan mencari ganjaran, nescaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu. (HR Bukhari dan Muslim)

Sabdanya lagi :

“Di bulan Ramadhan, umatku telah diberikan lima hal yang tidak diberi kepada umat sebelumnya ; bau mulut orang berpuasa itu lebih wangi di sisi Allah daripada keharuman misik(kasturi), para malaikat memohon ampun untuk mereka sampai mereka berbuka, juga pada bulan itu syaitan diikat dan setiap hari Allah menghiasi syurga dan berkata : :Hamba-hamba-Ku yang soleh dihindarkan dari keburukan dan penyakit”. Serta Allah mengampuni mereka pada akhir malam dari bulan Ramadhan”.

Nabi bersabda lagi:

الصلوات الخمس والجمعة إلى الجمعة ورمضان إلى رمضان مكفرات ما بينهن
إذا اجتنبت الكبائر – رواه مسلم

“Solat lima waktu, ibadah jumaat hingga jumaat berikutnya, ibadah Ramadhan hingga Ramadhan berikutnya adalah penghapus dosa-dosa yang terjadi diantara waktu-waktu itu asalkan dosa-dosa besar dihindari.”

(HR Muslim)

Puasa itu merupakan benteng pertahanan dalaman yang dapat menolak segala arus-arus yang boleh membawa kepada keburukan dan maksiat seperti penzinaan, mengumpat, memaki hamun dan sebagainya. Justeru, umat Islam dituntut membanyakkan membaca al-Quran, berzikir dan lain-lain yang boleh mempertingkatkan keimanan seseorang.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda dalam hadith Qudsi yang bermaksud :

“Tiap-tiap amalan anak Adam ialah satu kebajikan bersamaan sepuluh balasan pahalanya membawa kepada 700 kali ganda”.

Daripada hadith ini, dapat difahami bahawa Allah SWT akan memberi balasan pahala dengan berterusan hingga melebihi daripada 700 kali ganda banyaknya sekiranya puasa dilakukan dengan penuh ketaqwaan dan keredhaan.

Allah SWT juga berfirman yang bermaksud :

“Melainkan puasa bahawasanya puasa itu bagiKu dan Akulah yang membalasnya”.

Firman Allah SWT lagi dalam surah al-Baqarah 261 bermaksud :

“… Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya…”.

Nabi s.a.w juga bersabda:

Dari Sahl bin Sa’d bahawa Nabi s.a.w bersabda: “Sesungguhnya di syurga ada satu pintu disebut Ar-Royyan. Itulah pintu yang pada hari kiamat dikhususkan bagi orang-orang yang berpuasa. Tak ada satupun orang lain masuk dari pintu itu. Ketika itu berkumandang seruan: “Mana orang-orang yang berpuasa?” Maka mereka pun bangkit (untuk masuk ke pintu itu). Tak ada satupun orang lain yang menyertai mereka. Apabila mereka sudah masuk, pintu itu ditutup. Jadi tak ada satupun orang lain yang masuk dari pintu itu.

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Fadilat Ramadhan

Antara kelebihan Ramadhan yang tidak ada pada bulan-bulan lain ialah malam Lailatul Qadar. Malam ini amat penting dan ditunggu-tunggu kerana ketika ini setiap amalan dan doa dimakbulkan dan ibadat sepanjang malam mendapat ganjaran pahala seperti beramal 1000 bulan (83 tahun tiga bulan).

Walau bagaimanapun, tarikh sebenar malam Lailatul Qadar tidak diketahui. Pendapat yang paling masyhur ialah pada 10 Ramadhan terakhir. Diriwayatkan bahawa Rasulullah saw sendiri menghabiskan 10 hari terakhir Ramadhan dengan beribadah di masjid.

Mengapa tarikh sebenar malam ini tidak diberitahu kepada manusia? Tujuannya adalah untuk mendorong kita supaya sentiasa beramal, bukan menanti hari tertentu sahaja dan sebagai pengajaran kepada kaum muslimin supaya sentiasa berusaha mengerjakan amal soleh bagi memenuhi tuntutan hidup dunia dan akhirat.

Ketibaan Ramadhan sepatutnya disambut dengan penuh keinsafan dan ada persiapan minda untuk mengabdikan diri kepada Ilahi bagi merebut ganjaran pahala. Malah mereka yang mengerti kelebihan bulan ini mengharapkan ianya berlaku sepanjang tahun. Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda maksudnya: “Apabila datang Ramadhan dibukakan pintu syurga, ditutup pintu neraka dan diikat syaitan”.

Hadith di atas merupakan satu dorongan kepada kaum muslimin supaya berusaha melakukan amal soleh dan berlumba-lumba membuat kebajikan semata-mata mencari keredhaan Allah. Oleh itu dapat menghindari perbuatan-perbuatan yang dirangsang oleh syaitan.

Ramadhan adalah bulan yang amat bermakna bagi mereka yang tahu menilai dan menghargai kelebihannya. Ramadhan merupakan masa untuk menguji tahap kesabaran, waktu menunjukkan simpati kepada yang memerlukan ihsan, juga bulan mulia untuk menambah ibadat dan amalan.

Amalan Ramadhan

Rasulullah SAW telah menggariskan empat amalan utama yang digalakkan dalam bulan ini iaitu;

1. Melazimkan bacaan kalimah taiyibah; (La Ilaha Ilallah)
2. Beristighfar;
3. Memohon memasuki jannah dan
4. Berlindung dengan-Nya daripada neraka jahannam.

Justeru, sebagai umat yang sentiasa mendambakan kasih sayang-Nya, perhatian dan ganjaran-ganjaran yang telah dijanjikan-Nya, maka layaklah kita sebagai hamba-Nya merebut peluang ini yang datang hanya sekali dalam setahun. Jika kita sanggup berhabis wang ringgit semata-mata untuk tujuan kecantikan
dan hiburan, maka Allah SWT memberi peluang untuk kita berkunjung ke syurga-Nya secara percuma. Tidak perlukan bayaran, hanya sedikit masa dan keikhlasan. Masih enggankah lagi kita menerima tawaran ini? Fikirkan.

Selamat beribadat dan menunaikan puasa ramadhan……

Credit to: http://attazkirah.wordpress.com/2008/08/31/selamat-menyambut-ramadhan/

Tuesday, August 18, 2009

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan


Assalamualaikum....

RAMADHAN kembali menjelma! Syukur kita ke hadrat Ilahi kerana dipanjangkan umur untuk bertemu kembali di bulan yang penuh barakah.

Selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia. Semoga Ramadhan kali ini meningkatkan lagi ketakwaan dan keimanan kita. Aminnnn

Sempena Ramadhan yang hampir tiba ini, kami sekeluarga ingin mengucapkan selamat menjalankan ibadah Puasa dan ibadah-ibadah lain di dalam bulan Ramadhan. Sama-samalah kita imarahkan bulan ini kali ini dengan ibadah yang bersungguh-sungguh dan penuh istiqamah. Mudah-mudahan Allah akan memberkati ibadah kita tahun ini dan menemukan kita dengan malam yang lebih baik dari seribu bulan, Malam Lailatul-Qadar!! InsyaAllah.

Selamat Berpuasa!

Thursday, August 13, 2009

Jamuan perpisahan bagi Cikgu Hosniah (bersara) di Laguna Dua

Photobucket
wahhh..hapenning sangat-sangat semasa jamuan perpisahan bagi seorang guru di sekolah kami yang mana beliau telah menamatkan pekhidmatan 55 tahun. Jamuan perpisahan tersebut telah di adakan di Restaurant Laguna Dua, Berakas pada 13 Ogos 2009. Cendera hati telah pun disampaikan oleh yang mulia guru besar kami, Cikgu Haji Zakaria bin Duraman. Sebelum itu guru besar telah membei ucapan penghargaan terhadap jasa-jasa cikgu Hosniah. Ucapan yang penuh bermakna telah diungkapkan oleh guru yang di raikan dan di sudahi dengan beberapa rangkap pantun. Majlis perpisahan di akhiri dengan sesi fotograpi yang berlangsung dengan penuh meriah dengan gelagat warga SRPB.
PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket