Saturday, December 26, 2009

Hari Asyura - 27 December 2009



Kita disunatkan berpuasa pada 9,10 dan 11 Muharram. 10 Muharram ialah hari Asyura. Orang yang berpuasa pada hari Asyura mendapat kelebihan yang sangat banyak. Menurut sebuah hadis yang direkodkan oleh Imam Muslim, puasa pada hari itu menghapuskan dosa setahun yang lalu.

Berpuasa pada 9 Muharram sangat dituntut. Ia berdasarkan sebuah hadis yang direkodkan oleh Imam Ahmad dan Imam Muslim.

Puasa pada hari Asyura di gabungkan sekali dengan puasa pada 9 Muharram dan 11 Muharram. Ia berdasarkan sebuah hadis yang direkodkan oleh Imam Ahmad. Ini kerana Nabi Muhammad menyuruh kita supaya tidak menyamai perbuatan orang-orang Yahudi.

Menurut hadis yang direkodkan oleh Imam Muslim, puasa dalam bulan Muharram ialah puasa yang paling afdal selepas puasa dalam bulan Ramadan.

Menurut hadis yang direkodkan oleh Imam Tabrani, puasa sehari dalam bulan Muharram sama dengan pahala puasa selama 30 hari.

Pada tahun 2009, hari Asyura jatuhnya pada hari Ahad, 27 Disember. Manakala 9 Muharram pula ialah pada hari Sabtu, 26 Disember. 11 Muharram ialah pada hari Isnin, 28 Disember.

Menurut hadis yang direkodkan oleh Imam Tabrani dan Imam Baihaqi, kita digalakkan supaya menggembirakan anggota keluarga kita pada hari Asyura. Ini kerana Allah akan melapangkan sepanjang tahun itu rezeki mereka yang menggembirakan atau melapangkan keluarganya pada hari Asyura. Contohnya, kita memberi belanja yang lebih dari biasa atau memberi makanan atau minuman yang lebih sedap dari biasa asalkan tidak membazir.

14 Perkara Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura....
(10 Muharram, bersamaan Ahad, 27 December 2009)

1. Melapangkan masa/belanja anak,suami&isteri
Fadilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini

2. Memuliakan fakir miskin
Fadilat – Allah akan melapangkan dalam kubur nanti

3. Menahan marah
Fadilat – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha

4. Menunjukkan orang yang sesat
Fadilat – Allah akan menunjukkan cahaya iman dalam hatinya

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
Fadilat – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya

6. Bersedekah
Fadilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauhnya seekor gagak yang terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
Fadilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan

8. Mandi Sunat
Fadilat - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu
Lafaz niat: sahaja aku mandi sunat hari asyura kerana Allah taala'

9. Bercelak
Fadilat - Tidak akan sakit mata pada tahun itu

10. Membaca Qullhuwallah hingga akhir sebanyak seribu kali
Fadilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti

11. Sembahyang sunat empat rakaat
Fadilat - Allah akan mengampungkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya
Lafaz niat : Sahaja aku sembahyang sunat hari asyura empat rakaat kerana Allah taala'

12. Membaca
"hasbiyalllahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula ni'mannasiiru'
Fadilat - Tidak mati pada tahun ini

13. Puasa
Lafaz niat : Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari asyura kerana Allah taala'
Fadilat - Diberi pahala seribu kali HAji. seribu kali umrah, dan seribu kali mati syahid dan diharamkan daripada neraka.

14. Menjamu orang berbuka puasa
Fadilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang islam berbuka puasa

Thursday, December 24, 2009

Fun Day At Pantai Muara 19 Dec 2009

HB's Fun Day at Muara Beach - 19/12/09


Pada Sabtu lepas, 19 Dec 2009 keluarga Haji Bakir telah mengadakan hari keluarga yang bertemakan "Fun Day", BBQ, Piknic, Perlawanan mini games/sport bertempat di Pantai Muara. Hari keluarga kali ini telah dianjurkan julung kalinya oleh anak-anak buah yang diketuai oleh cucu pertama Haji Bakir iaitu Mohd Shah Rani bin Hj Mataha. Berbagai aktiviti telah disusun dan berjalan dengan lancar dan sungguh meriah sekali. Antara acara bagi kanak-kanak adalah mengutip gula-gula, meniup belon, mencari barang dalam tepong, berlumpa makan keropok, mencara ibu dan berbagai acara lagi. Bagi acara dewasa pula ialah berlari dalam guni, acara menendang bola , mencari barang, musang berjanggut, pakaian beragam dan berlari berpasang dengan mengikat kaki. Acara pada pagi itu dimulakan dengan bacaan doa selamat yg dibacakan oleh ayahanda kami, Haji Bakir. Sepanjang acara berjalan dipenuhi dengan suasana gembira dengan tawa dan teriakan ahli keluarga. Acara begitu padat hingga kepetang, permainan volley ball juga turut diadakan. Sayangnya tiga daripada ahli keluarga tidak dapat menghadirkan diri di majlis ini, el, ct aisah & mamat kerana urusan kerja. Seluruh angota keluarga sungguh terhibur dan sangat-sangat gembira apabila dapat bertemu, bermain, meluangkan masa dan dapat bersama dengan seluruh ahli keluarga lain sambil beriadah.

19th December 2009 - My 16th Wedding Anniversary


My wedding anniversary was on the 19th December. Time flies; I just can’t believe that we are celebrating our 16th anniversary. Our eldest son, Wafy, is in form 4 at smlk, will be sitting for "o" level next year ; and younger son, razzaq, is in year 7 preparing for his spn year 8. My hubby, yaakub, keeps reminding me that soon our home is going to be very quiet. I’m not too worried, however, as I know we both have good friends, good hobbies. I am sure we will keep ourselves busy and occupied...

Thursday, December 17, 2009

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1431


Assalamualaikum, dan salam sejahtera,

Alhamdulillah kini sudah Satu Ribu Empat Ratus Tiga Puluh Satu (1431) tahun sejarah agung penghijrahan Nabi Muhammad SAW meninggalkan kita selaku umatnya.

Semoga pada tahun baru hijrah ini, terungkai istilah “Hari ini lebih baik dari semalam dan esuk lebih baik dari hari ini”.

Di sini saya serta keluarga ingin mengucapkan Selamat menyambut Maal Hijrah 1431 kepada semua muslimin & muslimat di mana juga berada...

Semoga pada tahun ini kita mendapat keberkatan hidup dari Allah untuk kita sekelurga...Semoga Allah memberkati semua amalan kita & mengampunkan dosa2 yang telah kita lakukan. Mudah-mudahan juga tahun ini kita lebih menjadi insan yg lebih bertakwa & berjaya dunia & akhirat.

Doa Akhir Tahun & Doa Awal Tahun

Doa Akhir Tahun

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Doa Awal Tahun

Maksudnya :

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH - MUHARRAM 1431 HIJRAH (16 DISEMBER 2009)

MA'AL HIJRAH 1431

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH - MUHARRAM 1431 HIJRAH (16 DISEMBER 2009)


MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri. Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.


PERISTIWA-PERISTIWA PENTING:
1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.

10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

Allah menciptakan alam.
Allah menjadikan Arasy.
Allah menjadikan Luh Mahfuz.
Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Allah menurunkan hujan buat kali pertamanya.
Allah menurunkan rahmat buat kali pertamanya.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
Nabi Isa diangkat ke langit.
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkan Allah.
Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama 6 bulan.
Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.

AMALAN SUNAT:

i) Sunat berpuasa pada 9 dan 10 Muharram,

ii) Menyapu kepala anak yatim

iii) Bersedekah kepada fakir miskin

iv) Bercelak mata

v) Meluaskan perbelanjaan keluarga