Sunday, December 19, 2010

19 dec 1993

Hi... today is our sweet 17th wedding anniversary.. Happy wedding anniversary to us!!!
Here are photos of our wedding memories!














Monday, September 06, 2010

kad raya

Sempena Ramadhan Al-Mubarak bulan yang mulia ini, jernihkan hati dan jernihkan perhubungan, isikan hati dengan keindahan bulan dan keimanan. Jika saya ada silap dan salah dalam tulisan di blog ini harap dimaafkan. Selamat BERPUASA dan Menyambut HARI RAYA AIDILFITRI 2010/1431H.



Bulan yang mulia kian berlalu..dan hari yang bahagia pula menanti umat islam…alangkah cerianya kita pada hari itu…segala persengketaan akan dipadamkan dengan hanya satu kemaafan yang terlalu besar ertinya..hanya dengan sentuhan tangan dan naluri yang merasa bisa menitiskan airmata…pada yang jauh,hanya kiriman salam dan kemaafan menjadi penganti diri…SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ku ucapkan kepada semua yang mengenali diri ini dimana jua berada…aku mohon maaf tulus ikhlas dari hatiku…

Friday, August 13, 2010

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 2010



Oleh kerana kesibukan baru hari ane iaitu puasa kedua dapat aku ambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan yang mulia
yang akan dipenuhi 1001 makna dan manfaat kepada semua famili, sahabat handai, muslimin & muslimat di mana jua berada...
semoga ramadhan ini kita akan mendapat keberkatan dan dilimpahi rahmat dari Allah s.w.t. Amin.

Sunday, March 07, 2010

Masa


Wow..its been a long time since i updated my blog... Dari setahun ke setahun, masa begitu pantas berlalu.. Dan tidak mungkin akan kembali lagi.

“Masa adalah kehidupan” ungkapan yang pernah disebutkan oleh as Syahid Hassan Al Banna.

- “Sesungguhnya masa itu berlalu begitu pantas walaupun pada saat-saat bahagia kita rasakan seolah-olahnya masa begitu pantas tetapi ketika saat-saat kesedihan masa seolah-olahnya begitu lambat berlalu, pada hakikatnya masa itu terlalu pantas seperti awan yang berlalu” ( Yusuf al-Qaradawi)

- Dan tertulis di surah Al-’Asr:
Demi masa! Sesungguhnya manusia kerugian. Melainkan yang beriman dan yang beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
Bersama mengurus masa dengan bijak dan efektif. Ambil pengajaran dari semalam yang telah berlalu, optimalkan hari ini yang sedang kita jalani dan rancanglah serta berdoalah agar dipermudahkan untuk hari esok. Sehari menginjak..semakin bertambah usia kita..semakin hampir dengan kematian. Tidak perlu menunggu tahun baru untuk berubah. Mulakan dari sekarang dan detik ini kerana masa tidak akan menunggu kita dan belum tentu kita masih bernyawa tatkala tahun baru akan datang menjelma tiba. WA.

“It is said that a person only truly understands Allah’s blessing
upon them once it is taken away.
The past decade probably passed like the blink of an eye. I know
it did for me. Ask yourself, if Allah gives me life for another
10 years, what do I want to achieve in it?
The only thing stopping you is … you!” – Muhammad al-Shareef-

Friday, January 01, 2010

31st Dec Family Gathering with Arabian Themes

Selamat tinggal 2009





Selamat tinggal tahun 2009 dan selamat datang 2010. Banyak sungguh kenangan dilalui. Tahun 2009 meninggalkan banyak kenangan manis untuk dikenang tidak lupa juga terdapat beberapa kenangan yang pahit mahu pun sedih...


Antara kenangan paling manis pada tahun 2009 bagi keluarga kami ialah Perkawinan adik bungsu kami pada 9-8-2009, sambutan hari ibu pada 11-5-2009, bersukan ria di Dewan JKR pada 1 June 2009 dan berpiknik & beriadah bersama seluruh warga HB's di pantai Muara pada 19-12-2009 dan terakhir adalah acara semalam iaitu bagi menutup tahun 2009 dan meraikan kehadiran tahun baru 2010.

Acara yang berlangsung selama tujuh jam bermula seawal 6 petang hingga jam dua pagi. Menariknya acara semalam bertemakan Arabian Night jadinya hampir kesemua ahli keluarga berpakaian ala arab. Acara doa selamat, membaca tahlil & surah yasin, bersembahyang berjemaah fardhu magrib & juga isya adalah dianjurkan dan dibiayai oleh Rosli Hj Bakir dengan juadah yang sedap2 adalah untuk meraikan serta kesyukuran keatas kenaikan pangkat beliau. Juadah soto & mee goreng juga turut disediakan oleh Yusri dan hadiah-hadiah ditaja oleh Hjh Meriam dan hadiah-hadiah bagi pertandingan pakaian tercantik ditaja sepenuhnya oleh Maslinah. Selain meraikan majlis hari jadi kakak kamu yang tua iaitu Hjh Meriam yang ke 50 dan harijadi bagi anak Ibrahim & anak Martini. Acara semalam adalah antara peristiwa yang paling indah dan manis bagi keluarga kami. Terima kasih kepada semua ahli keluarga kerana menjadikan malam ala Arab menjadi kenyataan.

selamat datang 2010...
moga tahun ini bakal mencipta lebih banyak kenangan manis...
moga kenangan tahun lalu terlipat kemas dalam ingatan...
best of LUCK for the new year!