Friday, April 29, 2011

Cinta Prince William & Kate Middleton ke Gerbang Perkahwinan



Kisah cinta Prince William dan Kate Middleton yang berputik semasa zaman remaja, berpisah sekejap, kemudian berputik kembali dan akhirnya berakhir dengan sebuah cerita Pertunangan dan Pernikahan terhebat diabad ini.

Prince William of Wales yang merupakan pewaris takhta England ini banyak mewarisi bakat bapanya, Prince Charles. Anak sulong Prince Charles dan Lady Diana ini sememangnya antara Putera Raja yang paling popular, terkenal dan termasyhur diseluruh dunia.

Semestinya menjadi kegilaan gadis2 seluruh dunia kerana personaliti bangsawan beliau, akhirnya William memilih Kate.

Dan kisah cinta mereka akan diabadikan dan disatukan dalam satu ikatan perkahwinan pada 29 April 2011, Jumaat di Westminster Abbey, tempat dimana ibu dan bapanya, Lady Diana dan Prince Charles berkahwin. William juga mengikut jejak langkah bapanya, dengan mengahwini gadis biasa, yang bukan dari golongan bangsawan sepertimana mendiang ibunya Lady Diana.

Selamat Pengantin Baru buat Prince William dan Kate Middleton.

Credit: http://www.mrjocko.com/2011/04/cinta-prince-william-kate-middleton-ke.html






Gambar kenangan: Prince Charles & Lady Diana
The Prince and Princess of Wales return from their 1981 wedding
at St. Paul's Cathedral

Thursday, April 28, 2011

kolaj bunga


Lawatan


Catan lilin -Y6 Artworks

Teknik Resis: Catan dengan lilin

Kepentingan mempelajari teknik resis di sekolah rendah.

Resis ialah satu aktiviti menggambar yang dihasilkan dari warna basah dan contengan lilin. Lilin digunakan untuk menutup kawasan permukaan kertas atau kain. Resis didefinisikan sebagai suatu kaedah melukis cat air dengan menyapu cat ke permukaan yang telah disapukan lilin di bahagian-bahagian yang tidak hendak dicat atau diwarnakan. Lilin digunakan oleh pelukis sebagai penghadang untuk melindungi warna asal atau warna asli sesuatu permukaan daripada terkena warna baru. Teknik resis menyebabkan permukaan kertas yang diliputi lilin tidak akan menyerap warna dan dalam keadaan warna asal. Resis boleh juga dijalankan dengan cara menggunakan tindihan-tindihan lilin dan menyapu warna dari peringkat warna terang keperingkat warna gelap.

Resis sangat penting untuk dipelajari di sekolah rendah kerana melalui resis murid dapat murid meneroka dengan lebih jauh lagi tentang alatan dan bahan dalam kegiatan menggambar.Selain itu murid juga dapat menyatakan perasaan, idea dan imaginasi diri melalui kegiatan resis. Melalui kegiatan resis juga murid dapat meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi dalam semua kegiatan seni visual. Teknik resis yang pelbagai serta penggunaan pelbagai bahan mampu menarik minat murid untuk belajar. Ini sekaligus dapat meningkatkan minat, daya kreativiti dan imaginasi dalam kegiatan seni visual.

Teknik resis juga membolehkan murid meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan alat, bahan dan teknik untuk menghasilkan sesuatu hasil kerja. Dengan mempelajari semua ini,murid dapat menghasilkan gambar dengan menggunakan pelbagai alat, bahan dan teknik secara kreatif melalui penerokaan seterusnya dapat membuat pernyataan tentang hasil kerja sendiri dan rakan. Di sini murid dapat menghayati nilai-nilai estetik yang ada dalam sesuatu hasil kerja.

Credit: http://www.scribd.com/doc/44155515/Kepentingan-Mempelajari-Teknik-Resis-Di-Sekolah-Rendah

Di bawah ini adalah hasil karya murid SRPB Tahun 5.



Friday, April 15, 2011

Perlawan Bolajaring Pantai Berakas vs Dato Basir

Kejohanan Bolajaring Zon Br IIA

Perlawanan bolajaring bagi sekolah rendah kawasan zon IIA telah berlangsung pada 13 & 14 April di dewan serbaguna Berakas. Pada kejohanan tahun ini acara bolajaring telah dikendalikan oleh Sekolah Rendah Anggerik Desa. Alhamdulilah sekolah kami iaitu SR Pantai Berakas berjaya masuk kepusingan akhir apabila mengalahkan Sekolah Amar Pahlawan. Walau pun hanya menduduki tempat naib juara selepas ditewaskan oleh Sekolah Rendah Dato Basir dgn 8-6, kami sesungguhnya amat berbangga dengan kejayaan ini memandangkan pasukan sekolah kami telah berkerja keras berjuang dlm perlawanan kali ini. Sedih juga melihat apabila kesemua team netball ane menangis kerana kalah dalam perlawanan ini kerana mereka sememangnya mahu menjuari pertandingan ane.. Apa boleh buat.. kalah menang adat perlawanan. Syabas & tahniah pada pengurus & ahli2 bolajaring sekolah dan setentunya semua warga SR Pantai Berakas kerana memberi sokomngan yg padu.





Tuesday, April 12, 2011

Aksi Gaya Hidup Sihat bersama YB Pehin

Pada 10 April lepas berlangsung peresmian Aksi Gaya Hidup Sihat yang di adakan di Padang Sekolah Rendah Pulaie. Acara diresmikan oleh YB Pehin Menteri Pendidikan. Seperti kebiasaan acara pemanasan badan dimulakan seawal 7.30 pagi dengan senamrobik yang berasaskan tarian. Kebanyakkan aksi senamrobik dengan mudah sekali diikuti kerana sebelum ini senamrobik yang sama telah dikendalikan oleh guru-guru dari sekolah Dato Othman pada minggu lepasnya. Kami amat seronok melakukan senamrobik.. yang paling menarik senamrobik kali ini telah dihadiri oleh guru-guru dari zon lain dan ada yang datang dari Temburong. Amat teruja sekali apabila bertemu & beramah mesra dengan ramai kawan-kawan lama dari sekolah ku dulu.. dan baru berjumpa setelah sekian lamanya..siuk lahhhh.. Really miss them sooo much!!!..
Selepas acara senamrobik, brisk walking sejauh 2.6 kilometer.. Alhamdulilah aku dapat menamatkan acara brisk walk ane walau pun pada pertengahan jalan kakiku terasa amat sakit sekali.. tetapi perjalanan harus diteruskan walau terasa perit.. apabila digagahi sakit kaki kian menghilang hingga ke garisan penamat.. hanya tuhan yang tahu perasaan ku waktu atu..alhamdulilah.. lega!!! Kami telah dihidangan dengan juadah breakfast yg istemewa dari cikgu Dk Masdinah & famili.. memang kenyang perut apalagi dihidangkan dengan tumpi bercacahkan ayam yg sedap hingga menjilat jari.. terima kasih dk!!!

Gaya Hidup Sihat 2 (SR Dato Othman)

Aktiviti gaya hidup sihat pada kali kedua dihostkan oleh SR Dato Othman kg Lambak kiri pada 3 April 2011. Seperti biasa acara dimulakan seawal 7 pagi dengan nyanyian murid-murid & guru-guru sekolah berkenaan. Selepas itu pergerakan pemanasan badan beserta enamrobik yang memuatkan beberapa lagu yang menarik... Kebanyakkan sesi senam robik adalah berasaskan joget atau tarian semata-mata.. memang siukkkk... selepas itu diikuti dengan brisk walk sejauh 1 kilometer.


Gaya Hidup Sihat (SR Jln 49)


Pada tahun ini Japser telah mengadakan Gaya hidup sihat sepanjang tahun 2011, pembukaan sesi Gaya hidup sihat telah dikelolakan oleh SR Jln 49, Lamabak Kanan pada 27 Februari yang lalu. Acara yang dimulakan seawal pukul 7 pagi secara ringkas ialah senamrobik dengan bermacam jenis genre lagu.. Amat menyeronokkan.. ehee..

Sunday, April 03, 2011

Lawatan

Brisk Walking


GAYA HIDUP : MANFAAT BERJALAN KAKI [BRISK WALKING]

Ramai wanita yang beranggapan senaman di gymnasium saja sudah memadai untuk mendapatkan badan yang sihat serta cergas. Tanggapan sedemikian menenggelamkan satu lagi amalan senaman yang bukan saja mudah dibuat tetapi tidak membabitkan sebarang kos.

Inilah keistimewaan aktiviti atau senaman berjalan kaki laju yang memberi lebih banyak manfaat kepada kesihatan dan kecantikan berbanding berjalan kaki secara santai. Hasil kajian yang disiarkan Archives of Internal Medicine mendakwa amalan berjalan kaki 30 minit sehari, dapat menambah kira-kira 1.3 tahun kepada hayat seseorang. Amalan berjalan kaki laju itu mempunyai sembilan manfaat seperti berikut

Berat badan Stabil
Amalan berjalan kaki laju juga meningkatkan metabolism tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang, lebih banyak lagi kalori akan terbakar apabila metabolism tubuh meningkat sehingga peningkatan berat badan sukar berlaku.

Menurunkan berat badan
Selain mampu menstabilkan berat badan, mereka yang mengalami pertambahan berat badan disarankan supaya melakukan senaman berjalan laju secara rutin.

Elak serangan jantung
Seperti yang kita semua tahu, otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras supaya ia sentiasa berfungsi dengan normal. Justeru, berjalan laju mempercepatkan aliran darah ke dalam koroner jantung. Selain itu, kelenturan pembuluh darah menguncup dan mengembang ketika berjalan laju juga cenderung meyebabkan tekanan darah menjadi lebih rendah selain dapat mengurangkan risiko berlakunya darah beku pembuluh darah ke jantung.

Angin ahmar atau strok
Walaupun masih tiada bukti kukuh mampu mengaitkan senaman berjalan laju dengan strok, namun kajian dilakukan terhadap
70 000 pesakit Sekolah Kesihatan Harvad, Amerika Syarikat, yang sering berjalan iaitu purata 20 jam seminggu, risiko mereka diserang strok menurun sebanyak dua daripada tiga kes.

Mencegah kencing manis
Dengan membiasakan berjalan kaki laju sekitar enam kilometer sejam dipercayai mampu mencegah masalah diabetes Tahap 2 terutama dalam kalangan individu bertubuh gempal. (Sumber: Institut Diabetes dan Masalah Hati Kebangsaan).

Mencegah osteoporosis
Pergerakan badan yang aktif dan berjalan laju boleh memperkuatkan otot badan serta tulang. Individu yang sering melakukan senaman dan cukup sumber kalsium dalam badan boleh terhindar daripada ancaman kereputan tulang sehingga usia 70 tahun.

Meredakan sakit lutut
Lebih sepertiga masyarakat kita mengalami masalah sakit lutut atau osteoarthiris. Dengan membiasakan diri berjalan laju atau berjalan di dalam kolam renang mampu meredakan masalah itu.

Tekanan
Pergerakan badan terjadi ketika berjalan kaki laju juga sebenarnya dapat membantu pesakit yang mengalami tekanan perasaan. Berjalan kaki laju dapat menggantikan ubat anti tekanan yang harus diambil secara rutin. Kajian terhadap kaitan antara masalah tekanan perasaan dan berjalan kaki sudah dilakukan sejak 10 tahun lalu.

Kanser
Pembunuh nombor satu ini dikatakan mampu dijauhkan jika anda rajin berjalan kaki, setidak-tidaknya kanser usus besar. Seperti yang anda semua sedia maklum, pergerakan badan membantu melancarkan penghadaman usus. Kajian juga ada menyebut mengenai peranan berjalan kaki di dalam mengurangkan risiko terkena kanser payudara.

Sumber : Berita Mingguan Julai 2009