Saturday, December 26, 2009

Hari Asyura - 27 December 2009



Kita disunatkan berpuasa pada 9,10 dan 11 Muharram. 10 Muharram ialah hari Asyura. Orang yang berpuasa pada hari Asyura mendapat kelebihan yang sangat banyak. Menurut sebuah hadis yang direkodkan oleh Imam Muslim, puasa pada hari itu menghapuskan dosa setahun yang lalu.

Berpuasa pada 9 Muharram sangat dituntut. Ia berdasarkan sebuah hadis yang direkodkan oleh Imam Ahmad dan Imam Muslim.

Puasa pada hari Asyura di gabungkan sekali dengan puasa pada 9 Muharram dan 11 Muharram. Ia berdasarkan sebuah hadis yang direkodkan oleh Imam Ahmad. Ini kerana Nabi Muhammad menyuruh kita supaya tidak menyamai perbuatan orang-orang Yahudi.

Menurut hadis yang direkodkan oleh Imam Muslim, puasa dalam bulan Muharram ialah puasa yang paling afdal selepas puasa dalam bulan Ramadan.

Menurut hadis yang direkodkan oleh Imam Tabrani, puasa sehari dalam bulan Muharram sama dengan pahala puasa selama 30 hari.

Pada tahun 2009, hari Asyura jatuhnya pada hari Ahad, 27 Disember. Manakala 9 Muharram pula ialah pada hari Sabtu, 26 Disember. 11 Muharram ialah pada hari Isnin, 28 Disember.

Menurut hadis yang direkodkan oleh Imam Tabrani dan Imam Baihaqi, kita digalakkan supaya menggembirakan anggota keluarga kita pada hari Asyura. Ini kerana Allah akan melapangkan sepanjang tahun itu rezeki mereka yang menggembirakan atau melapangkan keluarganya pada hari Asyura. Contohnya, kita memberi belanja yang lebih dari biasa atau memberi makanan atau minuman yang lebih sedap dari biasa asalkan tidak membazir.

14 Perkara Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura....
(10 Muharram, bersamaan Ahad, 27 December 2009)

1. Melapangkan masa/belanja anak,suami&isteri
Fadilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini

2. Memuliakan fakir miskin
Fadilat – Allah akan melapangkan dalam kubur nanti

3. Menahan marah
Fadilat – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha

4. Menunjukkan orang yang sesat
Fadilat – Allah akan menunjukkan cahaya iman dalam hatinya

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
Fadilat – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya

6. Bersedekah
Fadilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauhnya seekor gagak yang terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
Fadilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan

8. Mandi Sunat
Fadilat - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu
Lafaz niat: sahaja aku mandi sunat hari asyura kerana Allah taala'

9. Bercelak
Fadilat - Tidak akan sakit mata pada tahun itu

10. Membaca Qullhuwallah hingga akhir sebanyak seribu kali
Fadilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti

11. Sembahyang sunat empat rakaat
Fadilat - Allah akan mengampungkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya
Lafaz niat : Sahaja aku sembahyang sunat hari asyura empat rakaat kerana Allah taala'

12. Membaca
"hasbiyalllahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula ni'mannasiiru'
Fadilat - Tidak mati pada tahun ini

13. Puasa
Lafaz niat : Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari asyura kerana Allah taala'
Fadilat - Diberi pahala seribu kali HAji. seribu kali umrah, dan seribu kali mati syahid dan diharamkan daripada neraka.

14. Menjamu orang berbuka puasa
Fadilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang islam berbuka puasa

Thursday, December 24, 2009

Fun Day At Pantai Muara 19 Dec 2009

HB's Fun Day at Muara Beach - 19/12/09


Pada Sabtu lepas, 19 Dec 2009 keluarga Haji Bakir telah mengadakan hari keluarga yang bertemakan "Fun Day", BBQ, Piknic, Perlawanan mini games/sport bertempat di Pantai Muara. Hari keluarga kali ini telah dianjurkan julung kalinya oleh anak-anak buah yang diketuai oleh cucu pertama Haji Bakir iaitu Mohd Shah Rani bin Hj Mataha. Berbagai aktiviti telah disusun dan berjalan dengan lancar dan sungguh meriah sekali. Antara acara bagi kanak-kanak adalah mengutip gula-gula, meniup belon, mencari barang dalam tepong, berlumpa makan keropok, mencara ibu dan berbagai acara lagi. Bagi acara dewasa pula ialah berlari dalam guni, acara menendang bola , mencari barang, musang berjanggut, pakaian beragam dan berlari berpasang dengan mengikat kaki. Acara pada pagi itu dimulakan dengan bacaan doa selamat yg dibacakan oleh ayahanda kami, Haji Bakir. Sepanjang acara berjalan dipenuhi dengan suasana gembira dengan tawa dan teriakan ahli keluarga. Acara begitu padat hingga kepetang, permainan volley ball juga turut diadakan. Sayangnya tiga daripada ahli keluarga tidak dapat menghadirkan diri di majlis ini, el, ct aisah & mamat kerana urusan kerja. Seluruh angota keluarga sungguh terhibur dan sangat-sangat gembira apabila dapat bertemu, bermain, meluangkan masa dan dapat bersama dengan seluruh ahli keluarga lain sambil beriadah.

19th December 2009 - My 16th Wedding Anniversary


My wedding anniversary was on the 19th December. Time flies; I just can’t believe that we are celebrating our 16th anniversary. Our eldest son, Wafy, is in form 4 at smlk, will be sitting for "o" level next year ; and younger son, razzaq, is in year 7 preparing for his spn year 8. My hubby, yaakub, keeps reminding me that soon our home is going to be very quiet. I’m not too worried, however, as I know we both have good friends, good hobbies. I am sure we will keep ourselves busy and occupied...

Thursday, December 17, 2009

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1431


Assalamualaikum, dan salam sejahtera,

Alhamdulillah kini sudah Satu Ribu Empat Ratus Tiga Puluh Satu (1431) tahun sejarah agung penghijrahan Nabi Muhammad SAW meninggalkan kita selaku umatnya.

Semoga pada tahun baru hijrah ini, terungkai istilah “Hari ini lebih baik dari semalam dan esuk lebih baik dari hari ini”.

Di sini saya serta keluarga ingin mengucapkan Selamat menyambut Maal Hijrah 1431 kepada semua muslimin & muslimat di mana juga berada...

Semoga pada tahun ini kita mendapat keberkatan hidup dari Allah untuk kita sekelurga...Semoga Allah memberkati semua amalan kita & mengampunkan dosa2 yang telah kita lakukan. Mudah-mudahan juga tahun ini kita lebih menjadi insan yg lebih bertakwa & berjaya dunia & akhirat.

Doa Akhir Tahun & Doa Awal Tahun

Doa Akhir Tahun

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Doa Awal Tahun

Maksudnya :

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH - MUHARRAM 1431 HIJRAH (16 DISEMBER 2009)

MA'AL HIJRAH 1431

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH - MUHARRAM 1431 HIJRAH (16 DISEMBER 2009)


MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri. Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.


PERISTIWA-PERISTIWA PENTING:
1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.

10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

Allah menciptakan alam.
Allah menjadikan Arasy.
Allah menjadikan Luh Mahfuz.
Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Allah menurunkan hujan buat kali pertamanya.
Allah menurunkan rahmat buat kali pertamanya.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
Nabi Isa diangkat ke langit.
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkan Allah.
Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama 6 bulan.
Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.

AMALAN SUNAT:

i) Sunat berpuasa pada 9 dan 10 Muharram,

ii) Menyapu kepala anak yatim

iii) Bersedekah kepada fakir miskin

iv) Bercelak mata

v) Meluaskan perbelanjaan keluarga

Friday, October 16, 2009

Ketenangan Jiwa

Ketenangan jiwa adalah sumber bagi kebahagiaan. Seseorang individu tidak akan mengalami perasaan yang bahagia sekiranya jiwanya tidak tenang.
Hakikat perjalanan hidup yang dilayari, semakin jauh direntasi maka semakin banyak peristiwa yang dihadapi. Banyak persoalan kehidupan yang menyebabkan manusia merasa bimbang, resah dan gundah. Tanggung jawab juga semakin banyak yang perlu dilaksanakan dan menyebabkan pemikiran manusia perlu memikirkan bagaimana ia perlu dilaksanakan selain persoalan-persoalan yang perlu dijawab. Setiap individu secara relatifnya memiliki banyak tanggungjwab berbanding dengan nisbah kemampuannya dari segi tenaga, masa dan material. Sebagaimana Al-syahid Imam Hassan Al-Banna mengatakan bahawa "Kewajipan itu lebih banyak dari waktu yang ada."

Secara logiknya, apabila berhadapan dengan banyak persoalan dan tanggungjawab yang perlu diselesaikan tentulah seseorang itu sukar untuk mempunyai jiwa yang tenang. Selagi tanggungjawab tersebut tidak diselesaikan secara lumrahnya agak mustahil untuk dia merasa tenang. Walau bagaimanapun, kita memaklumi bahawa selagi manusia itu tidak berhenti bernafas, selagi itulah masih wujud perkara yang perlu difikirkan dan diselesaikan. Maka di sini timbul persoalan, bagaimanakah seseorang manusia boleh memiliki ketenangan jiwa saudara?

Adakah harta kekayaan, kemasyhuran atau segala nikmat yang wujud di dunia ini boleh menjadi mekanisme yang baik bagi seseorang manusia dapat memiliki ketenangan jiwa? Sebenarnya, semuanya ini memang memungkinkan. Ia berlaku apabila semua kelebihan dan kebaikan ini diurus dengan baik dan dibelanjakan dengan cara yang diredai Allah. Cuma lumrahnya, harta kekayaan yang dimiliki lebih menjadi suatu dugaan kepada seseorang. Apabila seseorang berhadapan dengan sesuatu dugaan tentulah lazimnya hatinya akan keresahan, seperti seseorang yang berada dalam peperangan. Dia mungkin menang di dalam dugaan tersebut, dan barangkali juga dia kecundang.

Ketenangan jiwa yang hakiki sebenarnya adalah anugerah yang diturunkan oleh Allah s.w.t. dan terserap ke dalam hati-hati orang yang beriman. Ketenangan jiwa bagi orang-orang yang beriman menjadikan mereka mempunyai hati yang teguh dan mantap berbanding dengan orang lain yang mengalami kegoncangan perasaan. Gabungan ketenangan dan keimanan yang terletak di dalam hati seseorang akan mewujudkan keyakinan yang tinggi pada ketika orang lain mengalami perasaan ragu-ragu dan syak wasangka. Gabungan ini juga akan menghasilkan kesabaran dan ketabahan yang jitu pada ketika orang lain mengalami keluh kesah.

Ketenangan seperti inilah yang dimiliki oleh Rasulullah s.a.w. ketika baginda berhijrah bersama sahabat baginda Saydina Abu Bakar Al-Siddiq. Tidak ada perasaan cemas, berduka cita, kebimbangan atau sebagainya. Dan keadaan mereka berdua ini disebut dalam firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah telah menolongnya (Muhammad), ketika orang-orang kafir mengusirnya, mereka hanya berdua sahaja ketika mereka berada di dalam gua. Pada kala itu dia berkata kepada temannya: Janganlah engkau bersedih hati, sesungguhnya Allah bersama kita."

Maka di sini timbul persoalan, “mengapakah orang beriman lebih berhak merasakan ketenangan jiwa dan ketenteraman hati?” sedangkan secara logiknya manusia boleh merasakan kedamaian jiwa apabila dia bijak menguruskan pembahagian tugas dengan masa yang ada padanya, tidak kira sama ada dia seorang Islam ataupun bukan. Mengapa orang yang tidak beriman tidak boleh memiliki ketenangan atau kedamaian jiwa yang hakiki?

Orang beriman lebih mampu memiliki kedamaian di hatinya atau dianugerahi perasaan tersebut kerana yang paling utama dia telah menerima fitrah kemanusiaan yang Allah tanamkan dalam dirinya dengan ikhlas. Dia menerima dengan reda perjalanan hidup yang sesuai dengan fitrahnya sebagai seorang manusia. Fitrah manusia merasa lapar dan kenyang, dahaga dan segar, sakit dan sihat, kecewa dan gembira dan sebagainya. Dia akur dan ikhlas menerima keadaan yang yang dialami. Umpamanya, apabila dia merasa dahaga dia tidak merungut dengan rasa tidak selesa tekaknya. Atau apabila dia merasa lapar, dia tidak akan bersungut dengan bunyi keroncong perutnya. Dia menyedari bahawa itulah fitrah seorang manusia yang dahaga atau lapar.

Sebaliknya, bagi manusia yang menolak fitrah ini, dia hanya mahu menerima keadaan yang menyenangkan dirinya dan enggan untuk menerima perasaan yang tidak selesa bagi dirinya. Apabila seseorang manusia menerima fitrah ini, dia sebenarnya mengenali dirinya, asal usul kewujudannya dengan rasa insaf dan mengetahui tujuan hidupnya. Selanjutnya, dia mengetahui tugas dan kewajipannya terhadap Pencipta yang menjadikannya. Semuanya ini memberi maksud bahawa dia mengenali Allah s.w.t sebagai Penciptanya.

Maka, kebahagiaan dan ketenangan yang hakiki tidak akan berlaku kepada manusia yang tidak mengenal dirinya dan tidak mengenal Tuhannya. Allah swt telah berfirman yang seiringan dengan hal ini yang firman itu bermaksud;
"Orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah melupakan mereka terhadap dirinya sendiri."

Berhubung dengan keadaan mengenali atau tidak mengenali seorang hamba terhadap Tuhannya, hakikatnya di dalam setiap diri manusia telah wujud fitrah kemanusiaan yang mengiktiraf kewujudan Tuhan sebagai tempat yang patut disembah dan dirujuk. walaupun pada zahirnya dia dilihat sebagai tidak mengenali Tuhannya sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud;
"Dan apabila kamu ditimpa bahaya di lautan, maka lenyaplah dari ingatanmu apa yang kamu puja selain dari Allah."

Di sebalik keadaan tersebut, orang yang beriman lebih bebas dari keraguan yang menyiksakan hati dan dirinya. Dia mempunyai keyakinan yang teguh terhadap pengiktirafannya terhadap Allah s.w.t. sebagai Tuhan yang wajib disembah. Dia meyakini bahawa Allah s.w.t telah mencipta dan membentuk manusia dengan rupa yang baik dan sempurna, mulia dan memiliki ciri-ciri yang istimewa. Kesempurnaan yang dimiliki oleh manusia ini telah melayakkan manusia untuk menjadi khalifah yang bertanggungjawab untuk mengurus, mentadbir, memimpin dan memakmurkan bumi ini. Mukmin yang beriman menerima watikah ini berserta dengan hukum yang diturunkan kepadanya. Maka, dia akan melaksanakan amanah dan tanggungjawab ini dengan penuh keimanan, dengan pegangan yang ampuh dalam hidup yang penuh cubaan dan kecurigaan ini.

Lanjutan dari perkara ini, orang yang beriman mengetahui antara kebaikan dan kejahatan; antara keadilan dan kezaliman; antara yang hak dengan yang batil; antara yang mengelirukan dengan yang nyata. Suka dan duka pada orang beriman adalah suatu fitrah yang datang silih berganti dan bukan sebagai noktah dalam penghidupan. Dia akan menganggapnya hanya sebagai suatu titik permulaan atau sekadar perhentian sementara. Orang yang beriman mendatangi hidup pada hari ini adalah suatu kerjaya, untuk mencapai keselesaan dan kebahagiaan dalam kehidupan mendatang, yang lebih meyakinkan dan kekal. Dia amat meyakini kehidupan dunia akan datang yang setiap orang akan menerima balasan usahanya, dan tidak disisihkan walau barang secebis.

Bagi orang yang beriman juga, dia meyakini bahawa penciptaan dirinya bukanlah suatu perkara yang sia-sia. Penciptaan setiap manusia itu sendiri merupakan suatu nikmat yang tiada terperi dan kewajipannya pula adalah untuk menegakkan hukum dan keadilan di tengah umat manusia.


Namun demikian, bagi mereka yang tidak beriman, sentiasa diselimuti kegelapan batin, kehairanan dan berada dalam keadaan yang ragu. Persepsi mereka terhadap kehidupan sangat kabur, mencemaskan dan menakutkan. Keadaan ini akan mengakibatkan kegelisahan yang berulang-ulang dan semakin menebal. Pendirian golongan ini juga tidak tetap, tidak tegas dan tidak meyakinkan.

Keadaan mereka yang tidak meyakinkan, tidak akan berubah selagi mereka tidak mengusahakan diri mereka untuk mencapai keimanan. Allah berfirman yang antaranya bermaksud;
"Dan sesiapa yang membelakang (menyangkal) dari mengingati Aku (Allah), sudah tentu akan memperoleh kehidupan yang sukar dan sempit. Kami akan mengumpulkan mereka nanti pada hari Kiamat menjadi orang buta. Dia berkata: Wahai Tuhanku! Mengapa aku Engkau kumpulkan menjadi orang yang buta, sedangkan ketika aku di dunia aku seorang yang mampu melihat? Maka Allah pun menjawab: Begitulah! Keterangan-keterangan Kami telah datang kepadamu, tetapi engkau melupakan (engkau tidak mempedulikan). Dan begitulah pada hari ini, engkau Kami tidak endahkan pula."

Pendirian yang meyakinkan dan tegas sebagaimana pendirian tegas orang-orang yang beriman hanya lahir apabila manusia menjadikan al-Qur'an sebagai sumber kehidupan dan sunnah Rasulullah sebagai mekanismenya. Sebagaimana maksud firman Allah;
"Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya dan Kitab yang terang. Dengan itu, Allah memimpin sesiapa yang mehu mengikut keredaan-Nya ke jalan kedamaian, dan mereka dikeluarkannya dengan izin-Nya dari kegelapan kepada cahaya yang terang, dan mereka dipimpin-Nya ke jalan yang lurus."

Mereka yang jelas dengan jalan yang bakal ditempuhi tidak akan merasa gentar dengan apa yang bakal mereka lalui. Kebimbangan tidak wujud di dalam hati mereka disebabkan mereka hanya memohon keredaan daripada Allah s.w.t. Sebagaimana pengulangan yang disebut oleh orang beriman di dalam solat yang didirikan yang bermaksud, "Pimpinlah kami ke jalan yang lurus" Jalan yang disebutkan di dalam firman Allah sebagai;
"Sesungguhnya, inilah jalanku yang lurus, maka turutlah jalan itu. Dan janganlah kamu turut jalan-jalan yang lain, kerana nanti kamu akan terpisah dari jalan Allah. Itulah yang diperinthakan Tuhan kepada kamu, supaya kamu bertakwa."

Selain itu juga orang yang beriman yang dianugerahi ketenangan jiwa adalah disebabkan dia amat mengetahui dan meyakini bahawa dia tidak sekali-kali atau barang sedetik dalam keadaan terpencil dan terasing. Dia merasa bahawa Tuhan Maha Pencipta berada amat hampir dengan diri dan hatinya. Walau di mana dia berada, dia akan sentiasa merasakan bahawa Tuhan berada di sampingnya, dia amat meyakini dengan sebuah firman Allah yang berbunyi:
"Timur dan Barat itu kepunyaan Allah. Sebab itulah, ke mana sahaja kamu menghadapkan mukamu, maka di situlah wajah Allah. Sesungguhnya, Allah itu luas kurnianya dan Maha Mengetahui."

Dan Allah swt juga turut berfirman;

"Dia (Allah) ada bersama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah itu melihat dengan terang apa yang kamu lakukan."

Dia akan melahirkan ikatan perasaan tersebut dengan memuji, bertasbih dan tunduk kepada Tuhannya tanpa putus sebagai tanda kecintaannya terhadap Tuhannya. Sebagaimana pujian dan tasbih yang dilakukan oleh segala makhluk yang berada di sekitarnya sepertimana firman Allah yang bermaksud;
"Langit yang tujuh, bumi dan apa yang ada di dalamnya, bertasbih memuji Tuhan. Segala sesuatu, semuanya bertasbih memuji Tuhan, tetapi kamu tiada mengerti tasbih (pujian) mereka. Sesungguhnya Tuhan itu Penyantun dan Pengampun."


Dan ciri-ciri istimewa yang pasti dimiliki oleh mereka yang beriman, tiada konflik dalam diri mereka antara persimpangan istilah "jikalau" dan "seandainya".

Pengeluhan dan kekecewaan adalah punca utama mengapa manusia lazimnya terhalang jauh dari memiliki ketenangan jiwa. Manusia yang senantiasa memikirkan perkara yang telah berlaku tanpa memperbaiki dirinya pada hari ini dan untuk persediaan mendatang, sebenarnya hanya menzalimi dirinya sendiri. Dia seolah-olahnya hanya meletakkan beban demi beban di pundaknya disebabkan kekecewaan demi kekecewaan yang berlaku dalam perjalanan hidupnya. Dia hanya akan menyatakan, "kalaulah aku tidak melakukannya, sudah pasti aku tidak akan melalui nasib yang sebegini…" ataupun "jikalau aku melakukan begitu dan begini, sudah pasti aku akan menerima keuntungan begitu dan begini…"

Ini sebenarnya sebahagian sikap orang-orang munafik yang diterangkan di dalam firman Allah;

"Orang yang munafik yang mengatakan kepada rakan-rakannya, dan mereka sendiri tinggal di belakang: Kalau sekiranya mereka mengikut kita, tentulah mereka tidak akan mati terbunuh. Katakan: Cubalah hindarkan kematian itu dari dirimu kalau kamu memang orang-orang yang benar."

Demikianlah jawapan bagi suatu persoalan, bagaimanakah ingin memiliki ketenangan jiwa. Ketenangan jiwa hanya dapat diperolehi dengan hanya satu cara, yakni beriman dengan Allah. Dan keimanan itu disertai dengan akal budi yang diasaskan kepada petunjuk Allah swt. Dengan rasional seorang manusia yang bersumberkan tauhid kepada Allah. Dengan kekuatan emosi yang berpegang teguh dengan al-Quran dan Sunnah Rasulullah. Memiliki pendirian yang tegas sebagai mukmin sejati.

Credit: http://www.geocities.com/mimbarkedah/145.html

Majlis Doa Selamat @ Lambak- Khamis 15 Oct 2009

Majlis Doa Selamat di mulakan dengan sembahyang fardhu maghrib berjemaah, sembahyang hajat, membaca surah yasin, doa tolak bala dan doa selamat khusus bagi my brother, Haji Yusri dan keluarga. Kami sekeluarga amat bersyukur kerana beliau telah sembuh dari serangan penyakit misteri yang menimpa beliau pada rabu lalu dan di masukan ke wad untuk rawatan. Pada saat itu hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan kami...bimbang, resah, cemas, gelisah, sedih... semuanya terpancar di setiap wajah ahli keluarga kami. Alhamdulilah kami sekeluarga telah dapat menempuh dugaan dan ujian ini dengan penuh sabar dan pasrah pada Allah S.W.T.

Monday, September 28, 2009

Beraya & Mengail (Sabtu 26-9-09)








Lurong menuju ruang tamu
My hubby mengail
martinin & famili
Sesi menyalai ayam
Rosli's famili..
Makan beramai di dapur
Hjh Norabdah & suami
Rosli & famili
maimunah & famili
my parents & maslinah n family
me & famili
me & me elder sis...Hjh Maimunah
me & hjh norabdah..my lil sis

Pada raya ke enam, kami sekeluarga telah turun beraya ke kampong air iaitu kampong peramu. Suasana sangat meriah sekali kerana hampir semua adik beradik kami turun berkumpul ke kampong air. Bacaan doa selamat telah dibacakan oleh ayahanda kami, selain rumah terbuka, kami juga ber bbq dan memancing. Suasana sangat meriah kerana dapat berkumpul di rumah yang sudah lama kami tinggalkan...Terima kasih kepada abang, Ibrahim serta keluarga kerana berkesudiaan menjemput kami semua dan menjamu kami dengan makanan yang sedap selain melayan kami dengan baik. Kami juga telah bermalam di sana dan terasa sungguh seronok berada di sana sehinggakan kami berat hati untuk meninggalkannya....Insyallah kami akan berkunjung lagi kesana..

Wednesday, September 23, 2009

Selamat Hari Guru (23-09-09)

Selamat hari guru diucapkan kepada seluruh pendidik dimana jua berada dengan ucapan "Semoga Allah SWT memimpin kita menjadi guru yang terbaik, berdedikasi dan akan terus gigih mendidik anak bangsa di zaman yang penuh cabaran ini"...Amin Ya Rabal'alamin..

Kepada semua guru-guru yang pernah mengajar... didoakan agar diberkati Allah SWT senantiasa, jasa cikgu-cikgu semua sungguh berharga dan akan tetap ku kenang dan ingat sampai bila-bila..Terima kasih cikgu!!!.


This one i recieved sms from my very close fren (Rokiah Maidin)..Tq

T is for TALENTED that you sure are..
E is for EXPLAINING so patiently..
A is for the ABILITY to make the class fun..
C is for CORRECTING the pupils when they were wrong..
H is for HELPING them in every way..
E is for ENCOURAGING them to do the best..
R is for RARE, there is only one of you....
HaPpY TeAChEr DaY 2009

gambar famili di hari raya pertama

Antara wajah-wajah ahli keluarga yang sempat dirakamkan pada pagi hari raya pertama...pada yang lain jangan berjauh hati yaaa...ada yang belum datang atau pun ada yang terlepas pandang..hehehe...Thank you very much for the photos shah!!!
Gambar nenek-nenek dengan cucu..hahhaaa..
Maslinah serta keluarga..walau pun suami bertugas di luar daerah masih sempat merakamkan gambar...hehheee..
Hajah masnah serta keluarga
Awang Ibrahim serta keluarga
Hajah Maimunah serta keluarga
Hajah Mariam serta keluarga

Monday, September 21, 2009

Hari Raya Pertama Ku - 21 Sept 2009

Seperti tahun-tahun yang sudah selepas sahaja selesai sembahyang raya, kami sekeluarga bersiap-siap untuk pergi ziarah kerumah ayahbonda di kg lambak. Memang menjadi rutin kami sekeluarga apabila hari raya pertama kami akan berkumpul di sana sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Belait bagi ziarah kubur Mulah Nini Awang Haji Adam bin Kasum. Selepas menjamu selera, diadakan sesi ziarah sesama keluarga Dan sesi fotografi. Memang meriah dan seronok apabila dapat berkumpul bersama dan beraya bersama-sama.
Photobucket
saat berziarah dengan suami yang tercinta..hehe...
Photobucket
antara juadah hidangan hari raya pertama
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
hidangan di sediakan oleh maslinah....terima kasih banyak-banyak kerana menyediakan juadah untuk kami adik beradik dan keluarga...kenyang alhamdulilah..i like mee halusnya..nyum..nyum..
Photobucket
antara ahli keluarga yang datang awal..
Photobucket
menikmati juadah raya
Photobucket
makan lin..sempat lagi bepose or candid!!!!
Photobucket
menunggu ahl keluarga yang lain datang
Photobucket
saat sesi berziarah..
Photobucket
ohhh tidakkk...kabur! al maklum pakai hp saja...len kali beli camera yg canggih...insyallah mun ada rezeki
Photobucket
ziarah ayah & bonda tercinta..
Photobucket
ziarah pun ikut susunan adik beradik...
Photobucket
sesi bergambar keluarga
Photobucket
mmm...alum lagi ready toh!
Photobucket
kesian...paksa tah bergambar bertiga sahaja...suami masih berkerja..
Photobucket
ziarah kubur mulah nini - Haji Adam bin Kasum
Photobucket
Photobucket
ziarah kekkubur mulah mertua maslinah iaitu Awg Othman bin Waji
Photobucket
finally...soto my favorite..juadah di rumah tangah ( Mohammad bin Bakar )
Photobucket
rumah tangah