Friday, May 04, 2012

Kolaj


Kolaj adalah salah satu teknik tertua yang menggunakan teknik tampalan untuk menghasilkan pelbagai karya lukisan gambar atau rekaan. Bahan tampalan boleh disusun, ditindih atau diatur pada permukaan kertas mengikut komposisi tema atau tajuk yang diperlukan. Terdapat empat jenis kolaj yang sesuai iaitu Kolaj kertas, bahan jahitan, bijirin dan bahan terbuang.

 i. Kolaj kertas

 Diperbuat menggunakan kertas warna yang digunting secara bebas atau menggunakan teknik tekanan pada mata pen dan pensel atau menggunakan alat penebuk kertas.

 ii. Kolaj bahan jahitan.

 Kolaj ini menggunakan perca kain, manik, butang baju, kapas dan kekabu sebagai bahan utamanya. Cara membuatnya sama, iaitu menyusun bahan menerusi guntingan perca kain atau menyusun manik atau butang baju pada huruf yang dipilih.

 iii. Kolaj bijirin.

 Jenis ini menggunakan bahan bijirin yang disusun dan dilekat menggunakan gam berkualiti pada kad board tebal. Bijirin yang biasa digunakan ialah beras pulut, beras bali, kacang hijau, jagung dan bijisaga.

 iv. Kolaj bahan terbuang.

 Bahan terbuang yang biasa digunakan ialah penutup botol, batangaiskrim, lidi sate, tali, plastik sampah dan sebagainya. Bahan ini disusun dan dilekat menggunakan gam serta dibalut menggunakan plastik lut sinar supaya tahan lama.

 Credit: http://www.scribd.com/Pendidikan-Seni-Visual

Antara hasil karya murid-murid SR Pantai Berakas dalam membuat Kolaj.

No comments:

Post a Comment