As salam... sudah lama saya menyepi dari mempost sumthing untuk blog ane.. Alhamdulilah pada mu ya Allah kerana masih diberi kesempatan untuk bernafas dan menghirup udara segar di alam maya ini.. Rasanya baru hari ini saya berpeleuang untuk menjgenguk keblog saya sendiri.. Bermula dari malam raya keempat iati 23 Ogos yang lalu keluarga kami berasa amat sedih kerana ayahnda yang tercinta mula dimasukkan ke Medical Intnsive Care Unit RIPAS.. Semalam berada di sana, ayahnda tercinta disahkan menghidap jantung tersumbat dan terpaksa dipindahkan ke JPMC dan dimasukan ICU pada 24 Ogos. Operasi PCI berjalan dgn lancar. Di sana ayahnda terpaksa bercuci darah kerana kandungan keratin dlm darah meningkat ke 500. Selepas beberapa hari ayahnda terpaksa lagi dipindahkan ke Ripas dan dimasukan ke Coranary Cntre Unit kerana untuk mengenal pasti darah yang bercampur kahak. Beberapa malam berada disana ayanda dipindahkan pula semula ke JPMC ICU untuk operasi jantung.
Operasi jantung berjalan dengan lancar pada 11 September 2012 dan lebih seminggu berada disana ayah dibenarkan pulang. Cuma dua hari berada dirumah ayahnda menghadapi komplikasi ampus dan terpaksa dimasukan semula kJPMC. Selepas 2 hari disana ayah terpaksa dirawat lagi di Acute Medical Centre wad 4 kerana komplikasi perut. Setelah pemeriksaan x-ray didapati ayah menghidap batu karang sebesar 0.8 cm. Selepas 4 hari berada di sana ayah dipindahkan wad 22 untuk pemeriksaan lanjut. Di sana para doktor jantung, perut dan buah pingang bertungkus lumus mencari punca penyakit yang ayah hidapi. Hasil ujian CT Scan tidak mendapati apa-apa masalah bersangkut paut dengan kanser. Kemudian ayah dipindahkan lagi wad 21 kerana doktor telah mensahkan yang ayah menghidapi diastolic heart failure.
Keada ayah di wad 21 semakin teruk dan kritikal dan 13 October ayah di masukkan lagi ke unit CCU dan terpaksa direhatkan dengan memberi ubat tidor kerana kesesakan bernapas berpunca dari paru-paru berair. Alhamdulilah cuma 2 jam berada di sana, ayah terpaksa dihantar semula ke JPMC ICU bagi rawatan lanjut. Tanpa di sangka keadaan bapa semakin pulih hasil rawatan yang teliti dari doktor-doktor di sana. Air paru-paru dikeluarkan sehinggakan ayah terpaksa ditebuk kedua bahagian paru-paru kiri dan kanan. Selama ayah dirawat saya amat berasa cemas dan menerima dugaan dengan redha dan ikhlas dan menyerahkan kesemuanay pada Allah S.W.T.
Alhadulillah pada 29 Oktober 2012 ayah dibenarkan pulang kerumah. Syukur pada mu ya Allah kerana memberi kesempatan untuk ayah bernapas dan beribadat pada mu Ya Allah.
How to Draw a Christmas Car
-
Looking for a fast art project to do with your students? This cute
Christmas car is quick (two sessions at 45 minutes each) and full of art
techniques: s...
1 week ago
No comments:
Post a Comment