Saya sangat bersyukur kehadrat Allah SWT diatas pengurniaan pingat-pingat ini. In sya Allah dengan adanya penghargaan ini membuat saya lebih bersemangat dalam menjalankan kerjaya saya sebagai seorang pendidik.
Pada hari pengurniaan pingat-pingat tersebut saya berpeluang meluangkan masa bersama-sama kawan-kawan yang sama-sama menuntut di Institut Sultan Hassanal Bolkiah Institute of Education intake tahun 1986~1989. Wah sudah 25 tahun kami berkhidmat sebagai pendidik baru lagi dapat bersua muka dengan kawan-kawan lama. Terima kasih Ya Allah kerana memberi usia yang panjang dan berkesempatan berjumpa semula.
No comments:
Post a Comment