Tuesday, June 02, 2009

Pesta Sukan Keluarga Haji Bakir -1 June 2009


Pesta sukan keluarga Haji Bakir telah diadakan pada 1 Jun 2009 bertempat di Dewan JKR, Berakas. Acara dimulakan seawal 8.30 pagi, dengan perbarisan lalu oleh 10 kumpulan yang bertanding. Pasukan tersebut adalah M & M, Nurul Abyadh, Main2 Yoo, The Kops, 7 FC 07, Lovely Rimba, Dynah de'blues, Banz, AIG dan B-Xtreme. Diikuti dengan ucapan dan peresmian sukan tahunan oleh Pengerusi, Yaakub bin Haji Kasim. Acara diteruskan lagi dengan senaman, Tai Chi yan gdiketuai oleh pengerusi.Yang menarik pagi itu adalah senamrobik poco-poco yang diketuai oleh Gbid & El and the gangs. Doa selamat telah pun dibacakan oleh Iman Haji Sungguh.

Pembukaan acara pada majlis tersebut adalah perlawan futsal antara uncle-uncle dengan anak buah yang mana uncle-uncle telah berjaya membolosi pertahanan anak buah dengan 3 - 1. Acara bagi peserta wanita pula adalah perlawanan bola jaring antara anak buah dan auntie2. Anak buah telah menjuari acara ini sekali gus membawa hadiah rebutan pada hari itu.

Eh.. apa rasanya boleh jadi pemberita ha ha..... Banyak lagi permainan sukan dijalankan seperti perlawanan badminton, raga dan bola keranjang bagi kanak-kanak he he.. Pemenang bagi acara perbarisan lalu dan persembahan telah dimenangi oleh Pasukan Main2 Yoo (manakan nda manang, belatih berabis kali ah he he) yang berlawan sengit dengan kumpulan 7 FC 07 (belatih jua hingga larut malam ha ha) yang mana kumpulan ini telah dipotong markah kerana lewat datang ha ha... Lain kali awal-awal datang!!!

Kemeriah amat terasa dalam sambutan sukan keluarga kali ini.. kalah menang bukan jadi isu. Yang penting keakraban silaturahim dalam adik beradik. Acara ini dianjurkan bersama adalah semata-mata untuk mengeratkan semangat kekeluargaan dan persaudaraan diantara satu sama lain. Semoga ikatan silaturrahim dan kasih-sayang akan sentiasa berkekalan selama-lamanya. Amin...

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli keluarga dan kawan-kawan yang terlibat serta jutaan terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang samada dengan wang ringgit mahu pun tenaga untuk menjayakan Hari Keluarga—Sukanria 2009.

P/s: Terima kasih kepada penaja hamper-hamper esp Gbid, belon-belon yang beraneka warna -El, Tumpi dan kari daging (Hjh Mas & Shah), mee goreng- Timah, dan kuih-mueh yang lain.

No comments:

Post a Comment