Thursday, December 17, 2009

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH - MUHARRAM 1431 HIJRAH (16 DISEMBER 2009)

MA'AL HIJRAH 1431

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH - MUHARRAM 1431 HIJRAH (16 DISEMBER 2009)


MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri. Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.


PERISTIWA-PERISTIWA PENTING:
1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.

10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

Allah menciptakan alam.
Allah menjadikan Arasy.
Allah menjadikan Luh Mahfuz.
Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Allah menurunkan hujan buat kali pertamanya.
Allah menurunkan rahmat buat kali pertamanya.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
Nabi Isa diangkat ke langit.
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkan Allah.
Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama 6 bulan.
Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.

AMALAN SUNAT:

i) Sunat berpuasa pada 9 dan 10 Muharram,

ii) Menyapu kepala anak yatim

iii) Bersedekah kepada fakir miskin

iv) Bercelak mata

v) Meluaskan perbelanjaan keluarga

No comments:

Post a Comment