Saturday, December 26, 2009

Hari Asyura - 27 December 2009



Kita disunatkan berpuasa pada 9,10 dan 11 Muharram. 10 Muharram ialah hari Asyura. Orang yang berpuasa pada hari Asyura mendapat kelebihan yang sangat banyak. Menurut sebuah hadis yang direkodkan oleh Imam Muslim, puasa pada hari itu menghapuskan dosa setahun yang lalu.

Berpuasa pada 9 Muharram sangat dituntut. Ia berdasarkan sebuah hadis yang direkodkan oleh Imam Ahmad dan Imam Muslim.

Puasa pada hari Asyura di gabungkan sekali dengan puasa pada 9 Muharram dan 11 Muharram. Ia berdasarkan sebuah hadis yang direkodkan oleh Imam Ahmad. Ini kerana Nabi Muhammad menyuruh kita supaya tidak menyamai perbuatan orang-orang Yahudi.

Menurut hadis yang direkodkan oleh Imam Muslim, puasa dalam bulan Muharram ialah puasa yang paling afdal selepas puasa dalam bulan Ramadan.

Menurut hadis yang direkodkan oleh Imam Tabrani, puasa sehari dalam bulan Muharram sama dengan pahala puasa selama 30 hari.

Pada tahun 2009, hari Asyura jatuhnya pada hari Ahad, 27 Disember. Manakala 9 Muharram pula ialah pada hari Sabtu, 26 Disember. 11 Muharram ialah pada hari Isnin, 28 Disember.

Menurut hadis yang direkodkan oleh Imam Tabrani dan Imam Baihaqi, kita digalakkan supaya menggembirakan anggota keluarga kita pada hari Asyura. Ini kerana Allah akan melapangkan sepanjang tahun itu rezeki mereka yang menggembirakan atau melapangkan keluarganya pada hari Asyura. Contohnya, kita memberi belanja yang lebih dari biasa atau memberi makanan atau minuman yang lebih sedap dari biasa asalkan tidak membazir.

14 Perkara Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura....
(10 Muharram, bersamaan Ahad, 27 December 2009)

1. Melapangkan masa/belanja anak,suami&isteri
Fadilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini

2. Memuliakan fakir miskin
Fadilat – Allah akan melapangkan dalam kubur nanti

3. Menahan marah
Fadilat – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha

4. Menunjukkan orang yang sesat
Fadilat – Allah akan menunjukkan cahaya iman dalam hatinya

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
Fadilat – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya

6. Bersedekah
Fadilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauhnya seekor gagak yang terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
Fadilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan

8. Mandi Sunat
Fadilat - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu
Lafaz niat: sahaja aku mandi sunat hari asyura kerana Allah taala'

9. Bercelak
Fadilat - Tidak akan sakit mata pada tahun itu

10. Membaca Qullhuwallah hingga akhir sebanyak seribu kali
Fadilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti

11. Sembahyang sunat empat rakaat
Fadilat - Allah akan mengampungkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya
Lafaz niat : Sahaja aku sembahyang sunat hari asyura empat rakaat kerana Allah taala'

12. Membaca
"hasbiyalllahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula ni'mannasiiru'
Fadilat - Tidak mati pada tahun ini

13. Puasa
Lafaz niat : Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari asyura kerana Allah taala'
Fadilat - Diberi pahala seribu kali HAji. seribu kali umrah, dan seribu kali mati syahid dan diharamkan daripada neraka.

14. Menjamu orang berbuka puasa
Fadilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang islam berbuka puasa

No comments:

Post a Comment