Selamat tinggal tahun 2009 dan selamat datang 2010. Banyak sungguh kenangan dilalui. Tahun 2009 meninggalkan banyak kenangan manis untuk dikenang tidak lupa juga terdapat beberapa kenangan yang pahit mahu pun sedih...
Antara kenangan paling manis pada tahun 2009 bagi keluarga kami ialah Perkawinan adik bungsu kami pada 9-8-2009, sambutan hari ibu pada 11-5-2009, bersukan ria di Dewan JKR pada 1 June 2009 dan berpiknik & beriadah bersama seluruh warga HB's di pantai Muara pada 19-12-2009 dan terakhir adalah acara semalam iaitu bagi menutup tahun 2009 dan meraikan kehadiran tahun baru 2010.
Acara yang berlangsung selama tujuh jam bermula seawal 6 petang hingga jam dua pagi. Menariknya acara semalam bertemakan Arabian Night jadinya hampir kesemua ahli keluarga berpakaian ala arab. Acara doa selamat, membaca tahlil & surah yasin, bersembahyang berjemaah fardhu magrib & juga isya adalah dianjurkan dan dibiayai oleh Rosli Hj Bakir dengan juadah yang sedap2 adalah untuk meraikan serta kesyukuran keatas kenaikan pangkat beliau. Juadah soto & mee goreng juga turut disediakan oleh Yusri dan hadiah-hadiah ditaja oleh Hjh Meriam dan hadiah-hadiah bagi pertandingan pakaian tercantik ditaja sepenuhnya oleh Maslinah. Selain meraikan majlis hari jadi kakak kamu yang tua iaitu Hjh Meriam yang ke 50 dan harijadi bagi anak Ibrahim & anak Martini. Acara semalam adalah antara peristiwa yang paling indah dan manis bagi keluarga kami. Terima kasih kepada semua ahli keluarga kerana menjadikan malam ala Arab menjadi kenyataan.
selamat datang 2010...
moga tahun ini bakal mencipta lebih banyak kenangan manis...
moga kenangan tahun lalu terlipat kemas dalam ingatan...
best of LUCK for the new year!
No comments:
Post a Comment